
Tarikh: 10 & 11 Jun 2009 / 16-17 Jamadilakhir 1430
Tempat: Hotel Grand Season, Kuala Lumpur.
Pihak WAMY Malaysia telah menghantar wakil seramai 3 orang ke Konvensyen Pendakwah Negara yang berlangsung baru-baru ini. Peserta lelaki diwakili oleh Ust. Ahmad Fauzi bin Asmuin dan Ahmad Nizam bin Samsudin, manakala peserta wanita diwakili oleh Saniah bt Hj.Ahmad.
Konvensyen tersebut berlangsung selama 2 hari. Diantara objektif Konvensyen Pendakwah Negara adalah seperti berikut:
I. Meningkatkan kefahaman, pemikiran Islam,perlaksanaan dakwah secara menyeluruh dan bersepadu serta strategi dakwah yang selari dengan situasi kini.
II. Memberi pendedahan terhadap dasar-dasar dan isu-isu semasa Negara.
III. Memberi pendekatan dakwah yang terkini sesuai dengan era globalisasi.
IV. Mewujudkan dan mengukuhkan kerjasama dalam menyebarkan dakwah ole pelbagai agensi dan badan dakwah.
Antara ahli-ahli panel yang membentangkan kertas kerja di konvensyen kali ini adalah seperti berikut:
1. Hj.Nicholas Sylvester@Muhammad Abdullah( Dakwah Efektif Pengalaman Aktivis)
2. Ann Wan Seng (Dakwah Efektif Kepada Orang Cina)
3. Hj. Muhammad Fitri Abdullah ( Strategi Dakwah Kepada Masyarakat India)
4. Prof. Dr.Sidek Baba (“Manhaj Malizie” Satu Pendekatan Dakwah)
5. Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady (Gerakkan Aliran Pemikiran Baru Dan Cabaran Kepada Umat Islam)
6. Hasnan Kasan (Pluralisme Agama Menurut Perspektif Islam)
7. Yang Berbahagia Tuan Hj.Othman bin Mustapha ( Peranan Jakim dan Pengalaman Semasa)
Konvensyen ini disertai oleh badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan. Di konvensyen kali ini juga turut berlangsung majlis perasmian dan pelancaran radio JAKIM yang dikenali sebagai Salam FM dan boleh di dengari di frekuensi 91.1MHz.
Konvensyen berakhir pada pukul 1.30 petang.
