Pada 23 sehingga 24 Mei yang lepas, bertempat di Port Dickson, telah dianjurkan sebuah program rehlah yang disertai oleh seramai 72 orang peserta. Mereka terdiri dari pelbagai jurusan pengajian yang menuntut di Taylor’s College, Subang Jaya.

Objektif program ini adalah untuk meraikan pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Canada pada bulan  Ogos ini. Ia juga bertujuan untuk merapatkan ukhwah antara para peserta serta memperkenalkan mereka kepada program-program yang bersuasana islami. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan tahap disiplin dan menambah baik kesihatan tubuh badan para peserta. Di samping itu juga para peserta dapat menikmati tentang keindahan alam sewaktu dalam perjalanan ke tempat program dan juga di tempat program.

Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat. Antaranya ialah war game menarik stoking, war game pijak belon, pyramid manusia, leadership game dan sebagainya telah dijalankan selari dengan objektif yang digariskan.

Di penghujung program, para peserta peluk antara satu lain dan memberi pesanan dari hati ke hati kepada setiap diri yang di peluk.

Selepas tamat program, para peserta pulang ke destinasi masing-masing setelah dititipkan pesanan agar dapat mempraktikkan segala ilmu yang diperoleh sepanjang program.

Laporan disediakan oleh,

Mohamad Faisal Bin Mohamed Azmi

Leave a Reply