Bantuan Pendidikan

WAMY sebagai pertubuhan belia yang sangat prihatin terhadap pendidikan telah sekian lama membantu para pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka. Bantuan diberikan kepada pelajar-pelajar yang layak sama ada pelajar-pelajar Malaysia atau pelajar-pelajar antarabangsa yang belajar di Malaysia. Bantuan-bantuan ini berbentuk Dermasiswa (Minhah Dirasiyyah Juz”iyyah), Bantuan Penuntut Ilmu (Kafalah Talib Ilmi) dan Bantuan Pendidikan (Musa’adah Tullabiyyah).

Bantuan Pendidikan

Sepanjang tahun lalu pihak WAMY telah mengagihkan bantuan kewangan sebanyak RM 376,016.80 kepada 101 orang pelajar seperti berikut:

Statistik Bantuan Pendidikan WAMY Malaysia 1429H / 2008

Bil

Program

Bil. Pelajar

1.

Minhah Dirasiyyah Juziyyah

85

2.

Kafalah Talib Ilmi

4

3.

Musa’adah Tullab

12

JUMLAH

101