Media & Publisiti

Berdasarkan strategi Meluaskan Jaringan dan Meningkat Pengaruh Melalui Media dan Publisiti, WAMY bergerak ke hadapan dengan menjalin hubungan dengan Pertubuhan-pertubuhan Kerajaan dan Bukan Kerajaan. Bahkan WAMY adalah ahli gabungan yang bergerak aktif dalam Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’s (ACCIN) yang merupakan pertubuhan gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO).

Melaluinya WAMY sering terbabit dalam persidangan-persidangan dan mesyuarat-mesyuarat penting yang berkaitan dakwah dan program-program belia. Di samping bekerjasama dengan lain-lain pertubuhan ahli gabungan menganjurkan pelbagai program dan aktiviti bersama.

WAMY turut mengambil tempat dan ruang dalam akhbar-akbar dan majalah tempatan seperti Akhbar Sinar Harian dan Majalah The Criteria. Selain itu, WAMY menyediakan laman web WAMY untuk dikunjungi di www.wamy.my kepada mereka yang ingin mengenali WAMY dan mengetahui program dan aktiviti-aktiviti WAMY.

Harapannya agar mesej dakwah dan kerja-kerja kemasyarakatan WAMY dapat dikongsi dan dijayakan bersama oleh masyarakat.