Kenali WAMY
Pengenalan
World Assembly of Muslim Youth (WAMY) telah ditubuhkan pada tahun 1973 bersamaan dengan tahun 1392H. WAMY yang beribu pejabat di Riyadh, Arab Saudi, merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mempunyai keahlian dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan Bangsa-bangsa Bersatu (UN).
WAMY Malaysia telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Nombor pendaftaran 836737–K dengan nama WAMY BHD. Pejabat WAMY Malaysia telah beroperasi di Jalan Ampang Hilir 2 sejak tahun 1986.
Di bawah pengurusan yang baru, bermula pada akhir tahun 2008, WAMY Malaysia telah berjaya membuka dua pusat aktiviti pelajar yang terletak di Gombak dan Serdang.
Visi:
Menjadi Pertubuhan Belia Yang Unggul Untuk Membentuk Generasi Belia Yang Gemilang.
Misi:
Prihatin Terhadap Belia Muslim.
Objektif:
- Untuk memberi khidmat pemikiran Islam melalui penjelasan konsep ideologi di atas asas TAUHID dan juga untuk mengukuhkan maruah Islam dikalangan belia Muslim dan melengkapkan mereka dengan bukti yang meyakinkan dan penuh keyakinan dalam meninggikan sistem Islam daripada sistem-sistem yang lain.
- Untuk menguatkuasakan perpaduan dalam pemikiran Islam dikalangan belia Muslim dan juga untuk memperkenalkan Islam kepada dunia dengan menggunakan semua jenis kaedah komunikasi moden dalam skala yang besar.
- Untuk menyokong belia Islam dan persatuan-persatuan pelajar dan organisasi-organisasi di seluruh dunia dan membantu mereka dalam usaha mereka untuk meningkatakan aktiviti-aktiviti Islamiah.
- Untuk mengenalpasti peranan positif bagi belia dan pelajar dalam membina masyarakat, dan juga pembangunan sosial, ekonomi, dan institusi teknologi dikalangan Ummah.
- Untuk membimbing belia Islam untuk menubuhkan institusi dan organisasi yang professional dan juga memainkan peranan memimpin dalam institusi yang diwujudkan, dengan pandangan untuk melaksanakan peranan Islam dalam menyatupadukan ummah dan juga dalam menghadapi cabaran-cabaran dari semasa ke semasa.

