Aktiviti Da’wah

Sumbangan Kewangan kepada NGO-NGO Islam

WAMY sebagai sebuah pertubuhan antarabangsa sememangnya telah menjalinkan hubungan yang erat dengan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) atau persatuan-persatuan Islam tempatan. Justeru dengan dana sebanyak RM 80,789.00 yang diperuntukkan oleh ibu pejabat WAMY di Riyadh, agihan sumbangan telah dilakukan.

Antara persatuan-persatuan yang menerima sumbangan daripada pihak WAMY ialah:

1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
2. Jamaah Islah Malaysia (JIM)
3. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
4. Hidayah Center (HC)
5. Raudhatus Sakinah (RS)
6. Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
7. Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA)
8. Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs(ACCIN’s)

Program Kafalah Da’ie

Dalam usaha menyebar luaskan usaha dakwah kepada masyarakat, WAMY telah mengadakan program Kafalah Da’ie. Untuk menjayakannya, WAMY telah membelanjakan sebanyak RM 24,000.00 dengan melantik 2 orang da’ie (lelaki dan perempuan) dengan bayaran elaun RM 1,000.00 sebulan seorang. Melalui program ini, WAMY dapat memberi tumpuan terhadap aktiviti-aktiviti yang berkala dan berterusan bersama masyarakat khasnya masyarakat belia/pelajar di samping mempunyai tenaga kerja khusus untuk menjayakan lain-lain program. Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan melalui Program Kafalah Da’ie ialah:

1. Kelas-kelas agama setiap minggu
2. Kursus Penghayatan Islam
3. Kursus Kepimpinan dan Motivasi
4. Program Qiamullail, Mukhayyam dan Rehlah
5. Program Khidmat Masyarakat
6. Program Ihya’ Ramadhan; Majlis Berbuka Puasa, Tadarus dan I’tikaf
7. Program sambutan hari-hari kebesaran Islam.

Sumbangan Mushaf Al-Quran

Dalam usaha untuk mengembangkan dakwah Islam kepada orang Islam dan bukan Islam, WAMY Malaysia telah menerima peruntukan dari ibu pejabat WAMY di Riyadh sebanyak RM38,500.00 untuk projek agihan dan sumbangan Musyhaf (Al-Quran). Pihak WAMY Malaysia telah membuat tempahan dan cetakan khas logo WAMY sebagai sumbangan ikhlas WAMY kepada orang ramai. Musyhaf-musyhaf ditempah dalam berbagai bentuk dan saiz. Pihak WAMY juga membuat tempahan terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Inggeris iaitu ‘The Meaning of Al-Quran’ yang diterbitkan oleh The Institute of Islamic Knowledge, USA. Musyhaf-musyhaf Al-Quran ini telah diedarkan ke beberapa sekolah, surau dan masjid di samping individu-individu dan para peserta yang menyertai program-program WAMY.