Wacana Ilmu

Dalam bahagian ini WAMY telah berjaya menganjurkan 7 kali wacana ilmu yang berbentuk pertemuan-pertemuan ilmu, persidangan, konvensyen dan muktamar. Wang sebanyak RM 78,666.00 telah dibelanjakan untuk program-progam tersebut yang membabitkan bilangan peserta seramai 1 768 orang, Butirannya seperti jadual di bawah.

MULTAQA THAQAFI LIL WAFIDDIN

Susulan kunjungan Syeikh Dr. Yusuf Siraj Ali pada bulan Mei,  persetujuan telah dicapai untuk menganjurkan satu program yang dapat mengumpulkan para pelajar antarabangsa yang boleh berbahasa arab yang dinamakan Multaqa Thaqofi Lil Wafidin.

Dengan peruntukan dana sebanyak RM38,656.00 yang disalurkan oleh ibu pejabat WAMY di Riyadh, akhirnya program tersebut berjaya diadakan pada 29 Rejab -1 Syaaban 1429H bersamaan  1-3hb. Ogos 2008 bertempat di Mermaid Inn, Kuantan, Pahang. Program tersebut telah disertai  seramai 112 orang peserta di kalangan pelajar antarabangsa dari pelbagai Negara.

Majlis perasmiannya telah disempurnakan sendiri oleh Syeikh Dr. Yusuf Siraj Ali selaku Musyrif Am Bahagian Pendidikan WAMY Riyadh. Program ini juga turut dihadiri ahli-ahli rombongannya iaitu Syeikh Muhammad Al-Shori; Pengarah Eksekutif  WAMY Riydh. Syeikh Majid Hamzi; Ketua Bahagian Perancangan dan Perkembangan, Us. Khalid Ahmadi, Dr. Abdul Muhsin dan Dr. Abbas Hazami.

Turut hadir sebagai tetamu kehormat dalam program itu ialah Dr. Sano Qutub selaku Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

KONVENSYEN MAHASISWA NASIONAL 2008

Konvensyen Mahasiswa atau singkatannya KONSIS, merupakan satu program yang menghimpunkan para aktivis dan peggerak yang melaksanakan amal dakwah di kalangan para pelajar di universiti-universiti. Justeru WAMY sebagai pertubuhan belia memainkan peranannya sebagai penganjur dengan kerjasama Konsis Network.

Konvensyen mahasiswa ini telah berjaya diadakan sebanyak dua kali dengan perbelanjaan sebanyak RM 9,000.00. Pertama, KONVENSYEN MAHASISWA ZON TENGAH 2008, diadakan pada 2 – 4hb. Mei 2008 bersamaan 25 – 27hb Rabi’ Awwal 1429 H. Bertempat di Anjung Rahmat, Batu 6, Jalan Gombak, Gombak, Selangor dan telah dihadiri seramai 341 orang pelajar dari pelbagai universiti sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Kedua, dinamakan KONVENSYEN MAHASISWA NASIONAL 2008. Peserta seramai 276 orang yang terdiri daripada para pelajar dari pelbagai universiti dari seluruh Malaysia. Konvensyen yang kedua ini diadakan di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA, Sepang, Selangor, SELANGOR.

Objektif konvensyen adalah mempertemukan penggerak-penggerak dakwah pelajar, mengukuhkan taaruf dan ukhuwwah, perkongsian pengalaman dakwah, menyelaras fikrah dan menguatkan kekuatan dalaman para peserta.

Statistik Program Wacana Ilmu WAMY Malaysia 1429H / 2008

Kos (RM)

Peserta

Kekerapan

Program

Bil.

38,656.00

112

1

Multaqa Thaqafi Lilwafidin

1

28,010.00

539

3

Multaqa  Ilmiah wa Thaqafiah

2

12,000.00

1 117

3

Konvensyen & Muktamar

3

78,666.00

1 768

7

Jumlah