Profile
Muslim pada hari ini menghadapi pelbagai cabaran berbentuk ideologi. Ini adalah masanya apabila terlalu banyak ideologi, banyak pendapat sosial, ideologi, dan politik bersaing untuk mendapatkan perhatian. Penganjur kepada ideologi-ideologi ini menggunakan kaedah dan cara yang moden dan terkini untuk memujuk seseorang. Mereka mengajar pemikiran dengan perbalahan yang menarik untuk membuatkan mereka diterima dan cuba untuk merosakkan manusia secara amnya dan belia secara terperinci dengan teori mereka yang merosakkan itu.
Belia seringkali dijadikan faktor penentuan dalam pembangunan sesuah masyarakat. Dan tidak memeranjatkan juga bahawa orang muda pada hari ini adalah merupakan sasaran propaganda asing ini. Kesannya, penyebar kejahatan ini mempunyai ramai penyokong dan yang mengikut arahannya adalah dari kalangan belia dan kekutan mereka seharusnya tidak disalah tafsir.
Kerajaan negeri pula mengkehendaki tindakan segera perlu diambil sebagai perhatian terhadap belia Muslim. Ini bermakna, kepada mereka yang berminat dengan kebajikan untuk generasi muda dan juga sebagai keprihatinan untuk membina potensi bangsa, mereka sepatutnya sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan golongan belia ini daripada menjadi abu. Ini juga membawa maksud agar mereka juga perlu berusaha untuk membimbing golongan belia ini.
Dalam menimbangkan permasalahan yang semakin serius ini, keadaan memaksa keprihatinan umat Islam untuk menyahut cabaran dengan membekalkan mereka kefahaman mengenai Islam secara menyeluruh, membimbing mereka untuk menentang ideologi yang boleh membinasakan, dan menyemai tahap kebijaksanaan. Muslim yang prihatin seharusnya membimbing dan membantu belia yang sepatutnya menjadi penentu kepada pembangunan bukannya kehancuran, kesederhanaan dan bukannya keterlaluan, pertimbangan dan bukannya tergesa-gesa. Muslim yang prihatin seharusnya menggunakan kaedah sama rata, sekiranya tidak berkuasa, kepada mereka yang telah digunakan oleh pihak lawan.
“ Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi”. (Surah Al-Anfal: 60)
Yang demikian, permulaannya adalah menubuhkan World Assembly of Muslim Youth (WAMY) sebagai sebuah institusi yang mana bakal menggalakkan kerja bagi organisasi belia dan melengkapkan mereka dengan kaedah untuk memperbaiki program-program mereka. Tujuan lain adalah untuk mengadakan satu alat penyelarasan di antara orgnisasi seumpamanya, menggalakkaan syarat yang perlu untuk lebih berkesan dalam mengatur program-program mereka dan memperluaskan aktiviti-aktiviti mereka, serta saling bertukar keputusan daripada pelbagai eksperimen yang mungkin di buat di medan Da’wah.
Ianya adalah kehendak Allah bahawa Arab Saudi, adalah perintis kepada perpaduan Islam dan tanah kepada dua buah Masjid suci memainkan peranan sewajarnya dan melangkah ke hadapan untuk memimpin perkara tersebut. Dan dari sini, terdapatnya panggilan keluar kepada pemimpin-pemimpin organisasi dalam tahun 1392H, untuk dihimpunkan dalam satu mesyuarat antarabangsa di Riyadh. Dalam mesyuarat tersebut, World Assembly of Muslim Youth dan Sekretariat Umum diwujudkan.
Sejak pengasasan, Sekretariat Umum WAMY memulakan suatu usaha di atas kerja-kerja operasinya dari hari ke hari untuk membantu organisasi belia Islam, merangka perancangan dan memberi panduan dalam medan Da’wah. Sekretariat tersebut berkhidmat untuk perpaduan dan kerjasama dikalangan belia dan ummah, dan realiti akan menjadi kenyataan dengan izin Allah dan juga perlindungan dan sokongan yang aktif daripada pihak kerajaan dan rakyat Arab Saudi.

