Seluruh umat Islam kini menyerukan, “Marhaban Ya Ramadhan, Marhaban Ya Ramadhan.” Di akhbar-akhbar tempatan, siaran-siaran radio, dan risalah-risalah, ungkapan selamat datang Ramadhan tampil dengan berbagai ekspresi.

Alhamdulillah kita diberikan peluang sekali lagi untuk menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Bulan yang Rasulullah, para sahabat, Tabi’ Tabiin dan hamba soleh merinduinya. Setiap media telah siap dengan dengan sederet agendanya masing-masing. Ada rasa gembira, harapan, dan semangat yang sarat makna untuk diekspresikan.

Perkara yang juga penting dalam menyambut bulan Ramadhan tentunya adalah bagaimana kita merancang strategi dalam mengisinya agar mampu memproduksi nilai-nilai positif dan hikmah yang dikandungnya. Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna berbanding tahun-tahun lepas.

Salam Ramadhan daripada kami di WAMY.

One Response to “Marhaban Ya Ramadhan”

  1. Marhaban Ya Ramadhan

Leave a Reply