WAMY » Tazkirah

Setiap yang bernyawa pasti akan menemui ajal juga
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

تلقت مؤسسة الندوة العالمية للشباب الإسلامي بمكتب ماليزيا بكافة موظفيها ببالغ الحزن والأسى نبأ وفاة الطفل محمد عبد الجليل الشميري نجل الأخ عبد الجليل سيف الشميري – يمني الجنسية – الذي مات غرقا في يوم السبت 30 مايو 2009م الموافق 5 / جمادى الاخرة 1430هـ ، وموظفي المؤسسة يرجون من الله العلي الكبير أن يخلف عليه بخير وأن يعظم أجره في ولده ، وأن يلهم أهله وذويه الصبر والسلوان ، وإنا لله وإنا إليه راجعون .

Setiap yang bernyawa pasti menemui ajalnya.

Pihak World Assembly of Muslim Youth ( WAMY Malaysia) merafakkan rasa penuh kesedihan  dan ucapan takziah kepada Al Akh Abdul Jalil Saif Al Syamiri(kerakyatan Yaman), pelajar sarjana di UKM, Bangi  atas kematian anak kesayangannya , Muhammad  ( mati lemas)pada 30 Mei 2009 / 5 Jumadil Akhir 1430.  Semoga Allah memberikan gantian yang terbaik atas kehilangan itu dan menganugerahkan kesabaran kepadanya sekeluarga. Semoga diganjari dengan ganjaran  yang sebaiknya

Merekalah Manusia-manusia Terhebat!
Merekalah Manusia-manusia Terhebat!

Oleh Azraai Ahmad

Di negara kita, pangkat Tun merupakan anugerah tertinggi yang diberikan kepada rakyat yang banyak menyumbangkan tenaga dan usaha ke arah membangunkan negara. Dengan pangkat ini, penerimanya akan mendapat layanan yang sangat istimewa dan sentiasa menjadi VIP dalam setiap majlis atau keraian.

Tindak tanduk mereka diperhatikan dan dicontohi, ibu bapa sering menjadikan mereka sebagai calon yang mesti dicontohi anak-anak. Pemimpin pula sentiasa menyebut-nyebut jasa dan sumbangan para Tun kepada rakyat jelata agar dapat diteladani semua. Merekalah idola setiap masyarakat.

Bagaimana pula dengan anak-anak muda kita? Siapa pula idola dan ikutan mereka? Semestinya para artis dan penyanyi yang mendapat anugerah-anugerah tertinggi dalam industri hiburan. Anugerah Bintang Paling Popular mungkin di antara anugerah yang penerimanya dikagumi dan digilai oleh remaja-remaja kita. Kehidupannya dibiografikan dan cara pakaiannya dijadikan fesyen ikutan. Malah cara cakap dan perilakunya pun turut ditiru.

Adakah Islam telah ketandusan orang-orang yang layak dicontohi dan dikagumi? Siapakah sebenarnya orang-orang yang dijadikan contoh teladan di waktu zaman kegemilangan Islam dahulu? Di zaman Rasulullah dan para sahabat?

10 Sahabat yang dijamin Syurga

Pangkat tertinggi yang pernah diberikan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabatnya adalah Jaminan Masuk Syurga. Suatu pangkat yang tidak diragui lagi merupakan anugerah tertinggi yang pernah diberi kepada manusia biasa selain para rasul dan nabi.

Kita boleh membayangkan bagaimana jika kita hidup di kala itu, dan berpeluang berjumpa dengan ahli-ahli syurga yang masih hidup. Kita dapat berjalan-jalan di pasar dan melihat bagaimana mereka berjual beli. Kita dapat melihat bagaimana bakal ahli syurga bermuamalah, beribadah, berkata-kata, makan, minum, berjihad dan kehidupan mereka keseluruhannya.

Adakah kita akan mengambil menjadikan mereka ini sebagai idola?

Siapakah mereka?

Daripada Abu Dzar RA, bahawa Rasulullah SAW masuk ke rumah Aisyah RA dan bersabda;

“Wahai Aisyah, inginkah engkau mendengar khabar gembira?”

Aisyah menjawab : “Tentu, ya Rasulullah.”

Lalu Nabi SAW bersabda, ”Ada sepuluh orang yang mendapat khabar gembira masuk syurga, iaitu : Ayahmu (Abu Bakar) masuk syurga dan kawannya adalah Ibrahim; Umar masuk syurga dan kawannya Nuh; Uthman masuk syurga dan kawannya adalah aku; Ali masuk syurga dan kawannya adalah Yahya bin Zakariya; Thalhah masuk surga dan kawannya adalah Daud; Az Zubair masuk syurga dan kawannya adalah Ismail; Sa’ad masuk syurga dan kawannya adalah Sulaiman; Said bin Zaid masuk syurga dan kawannya adalah Musa bin Imran; Abdul Rahman bin Auf masuk syurga dan kawannya adalah Isa bin Maryam; Abu Ubaidah bin Jarrah masuk syurga dan kawannya adalah Idris Alaihissalam.”

Ini merupakan kisah hidup ringkas kesepuluh manusia terhebat itu:

1. Abu Bakar bin Abi Quhafah (As Siddiq), adalah seorang Quraisy dari kabilah yang sama dengan Rasulullah, hanya berbeza keluarga. Abu Bakar berasal dari keluarga Tamimi, manakala Rasulullah berasal dari keluarga Hasyimi.

Abu Bakar adalah seorang pedagang yang selalu menjaga kehormatan diri. Beliau seorang yang kaya, pengaruhnya besar serta memiliki akhlak yang mulia. Sebelum datangnya Islam, beliau adalah sahabat Rasulullah yang memiliki ciri-ciri yang mirip dengan Rasulullah.

Belum pernah ada orang yang menyaksikan Abu Bakar minum arak ataupun menyembah berhala. Dia tidak pernah berdusta. Begitu banyak kemiripan antara beliau dengan Rasulullah sehingga beliau diangkat menjadi khalifah pertama setelah kematian Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w berkata, “Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan seluruh umat nescaya akan lebih berat keimanan Abu Bakar.” (HR. Al Baihaqi)

Dalam masa yang singkat sebagai Khalifah, Abu Bakar telah banyak memperbarui kehidupan kaum muslimin, memerangi nabi palsu, dan kaum muslimin yang tidak mahu membayar zakat. Pada masa pemerintahannya juga penulisan Al Quran dalam lembaran-lembaran dimulai.

2. Umar Ibnul Khattab, berasal dari kabilah yang sama dengan Nabi Muhammad s.a.w malah berkongsi moyang yang sama iaitu Ka’ab bin Luai. Umar masuk Islam setelah bertemu dengan adiknya Fatimah dan suami adiknya Said bin Zaid pada tahun ke-6 kenabian. Pada kaumnya, Umar dikenal sebagai seorang yang pandai berdiskusi, berdialog, memecahkan permasalahan serta berpenampilan kasar.

Setelah Umar masuk Islam, dakwah kemudiannya dilakukan secara terang-terangan. Begitupun di saat hijrah, Umar merupakan di antara segelintir sahabat yang berhijrah secara terang-terangan. Beliau sengaja berangkat pada siang hari dan melewati gerombolan Quraisy.

Ketika melewati mereka, Umar berkata, “Aku akan meninggalkan Mekah dan menuju Madinah. Siapa yang ingin menjadikan ibunya kehilangan puteranya atau ingin anaknya menjadi yatim, silakan menghadang aku di belakang lembah ini!”

Mendengar perkataan Umar tidak seorangpun yang berani mengekori apalagi menghalangnya.

Banyak pendapat Umar yang dibenarkan oleh Allah dengan menurunkan firman-Nya seperti saat peristiwa kematian Abdullah bin Ubay (At Taubah 9:84), ataupun saat penentuan perlakuan terhadap tawanan saat perang Badar, pendapat Umar dibenarkan Allah dengan turunnya ayat 67 surat Al Anfal.

Sebagai khalifah, Umar adalah seorang yang sangat memperhatikan kesejahteraan umatnya, hinggakan setiap malam beliau berkeliling rumah rakyatnya khuatir jika masih ada yang belum terpenuhi keperluan mereka. Kekuasaan Islam pun semakin meluas keluar jazirah Arab di masa beliau menjadi khalifah.

3. Uthman bin Affan. Nabi Muhammad s.a.w pernah menggambarkan peribadi Uthman dengan berkata, “Orang yang paling kasih sayang di antara umatku adalah Abu Bakar, dan paling teguh dalam menjaga ajaran Allah adalah Umar, dan yang paling bersifat pemalu adalah Uthman.” (HR Ahmad, Ibnu Majah, Al Hakim, At Tirmidzi)

Uthman adalah seorang yang sangat dermawan. Dalam persiapan pasukan Muslimin pada perang Tabuk, Uthman yang mendermakan ratusan ekor unta. Setelah kaum muslimin hijrah, saat kesulitan air, Uthmanlah yang membeli perigi daripada seorang Yahudi untuk kepentingan kaum muslimin.

Pada masa kepemimpinannya Uthman merintis penulisan Al Quran dalam bentuk mushaf, daripada lembaran-lembaran yang mulai ditulis pada masa pemerintahan Khalifah Abu Bakar

4. Ali bin Abi Talib, sepupu Nabi Muhammad s.a.w yang juga merupakan pemuda pertama memeluk Islam. Beliau tinggal bersama-sama baginda dan menerima asuhan oleh manusia yang paling agung ini sejak kecil lagi.

Memiliki peribadi mulia serta kecerdasan dan keilmuan yang tinggi. Di samping bersikap berani seperti yang ditunjukkannya ketika menggantikan tempat tidur Rasulullah ketika baginda berhijrah bersama Abu Bakar, Ali juga dinikahkan oleh Rasulullah dengan puteri kesayangannya Fatimah. Kedua-dua suami isteri ini hidup dengan begitu sederhana dan tidak mempergunakan jawatan Rasulullah sebagai ketua negara Madinah untuk hidup mewah.

Beliau dilantik menjadi Khalifah Islam ke-4 setelah kematian Uthman bin Affan.

Bagaimana kisah hidup manusia-manusia terhebat yang lainnya?

Boikot atau tidak?
oleh Maszlee Malek

Usai perjumpaan dengan ahli-ahli parlimen EU dan juga pegawai-pegawai dari EU commission di pejabat EU di Brussels, saya dan ahli kumpulan pelobi isu Palestin dari Durham mula mencari ruang untuk merehatkan minda. Tidak mudah untuk melakukan usaha lobi, lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan pihak-pihak yang terlibat secara langsung di dalam isu berkenaan. Lebih sulit lagi apabila ianya melibatkan pihak yang sinis terhadap perjuangan Palestin.

Kumpulan pelobi dari Durham ini majoritinya non-Muslim. Saya yakin kebanyakannya tidak beragama. Apa yang menjadikan mereka begitu bersemangat mengenai isu Palestin ialah soladariti dan juga sikap kemanusiaan. Jika dibuangkan rupa fizikal mereka, dan hanya ditinggalkan kerja-kerja, semangat dan juga fikrah mereka berhubung isu tersebut, nescaya ramai yang akan mengatakan, mereka ini pendokong HAMAS ataupun rakyat Palestin yang benar-benar ikhlas di dalam perjuangan. Bayangkan, berulang-ulang kali mereka mendesak pihak-pihak yang terlibat di dalam isu ini di parlimen EU untuk mengiktiraf HAMAS. Tidak keterlaluan juga ada di antara mereka yang tidak jemu-jemu memuji dan menegaskan bahawa HAMAS adalah hero rakyat Palestin. Saya yakin, Husni Mubarak, Mahmoud Abbas, Raja Saudi dan juga Raja Jordan pun tidak pernah berfikir seperti ini.

Mereka inilah juga yang berdiri di bandar Durham pada setiap minggu pada hari Sabtu untuk memegang sepanduk dan gambar-gambar kanak-kanak Palestin untuk tujuan memberikan kesedaran kepada warga Durham mengenai isu berkenaan. ‘Vigil’ ataupun tunjuk perasaan tersebut telah berlangsung semenjak serangan ke atas Gaza lagi. ‘Selagi isu Palestin tidak selesai, selagi itu kami akan berdiri di sini pada setiap hari Sabtu untuk menunjukkan solidariti kami terhadap rakyat Palestin!’, antara kata-kata mereka yang amat menyentuh hati saya.

Mereka bukanlah orang-orang muda. Rata-rata mereka berumur 50 tahun ke atas. Jika ada orang muda pun, hanya presiden ‘Friends of Palestine’ di Universiti Durham, Ruqayyah anak Prof Mawil Izzudin, penyelia kebanyakan penuntut-penuntut PhD dari Malaysia di University Lampeter. Warga Malaysia jarang-jarang kelihatan, mungkin hanya sekali dua, silih berganti. Warga Arab lain, juga tiada. Bagi warga Saudi ataupun mereka yang bertaklid buta dengan para ulama Saudi mengatakan perbuatan sedemikian adalah haram. Haram kerana ianya perbuatan khawarij, haram kerana ianya meniru orang kafir dan haram kerana orang lperempuan berdiri di hadapan orang ramai, ini adalah ikhtilat yang haram lagi bid’ah menurut mereka. Malang sekali mereka tidak pula berfikir bahawa hubungan intim rejim Saudi dengan kerajaan Zionis dan AS adalah lebih haram. Tidakkah juga mereka terfikirkan bahawa sokongan rejim Saudi terhadap serangan Zionis dengan tidak melakukan apa-apa tindakan ke atas sahabat karib mereka di Tel Aviv dan juga Washington merupakan dosa yang lebih besar….

Lebih malang lagi, ada sekumpulan manusia juga yang mengatakan perbuatan seumpama itu haram dan bersikap keduniaan, sepatutnya umat Islam ‘keluar’ berdakwah di Gaza agar umat Islam di sana bersolat di masjid. Bagi mereka, ‘bala’ ke atas rakyat Gaza adalah kerana masjid mereka dibiarkan tidak diisikan dengan amalan sifat sahabat. Saya tidak pasti samada golongan sedemikian tahu atau tidak bahawa majoriti masjid2 di Gaza telah dibina oleh para aktivis HAMAS. Masjid2 juga telah menjadi sasaran serangan kejam rejim Zionis. Tidakkah mereka sedar juga Syeikh Ahmad Yassin juga telah ditembak sewaktu keluar dari masjid selesai solat subuh bersama para jamaah dan pejuang HAMAS yang lain?, Tidak mengapalah, biarkan mereka menikmati adreanalin dengan aktiviti ‘keluar masuk’ yang mereka imani itu…

Bagi kumpulan solidariti Palestin yang ‘kafir’ dari Durham itu, mereka hidup dengan isu Palestin. Kekafiran mereka tidak menjadi tembok untuk merasakan bahawa umat Islam di Palestin merupakan saudara dan juga manusia seperti manusia yang lain. Kekafiran mereka juga tidak menjadi sebab untuk mereka beriman bahwa semua umat Islam adalah musuh dan pengganas. Kekafiran mereka juga tidak menjadikan mereka melihat umat Islam sebagai ‘orang lain’ ataupun ‘manusia yang jahat’. Teringat saya ketika kami ditawarkan dengan minuman Coca Cola, mereka semua menjawab, ‘Kami memboikot Coca Cola semenjak hampir 10 tahun yang lalu, semenjak Intifadah ke-2!’. Teringat saya kepada seorang rakan dari Timur Tengah yang pernah mengatakan, “Telah berkata Syeikh Fulan,…boikot tidak wajib, malah mungkin haram kerana ianya merupakan perbuatan ‘meniru’ orang kafir, maka Rasulullah SAW di dalam hadis yang disahihkan oleh Syeikh fulan… melarang kita meniru orang kafir!”…

Terkadang saya terfikir, apakah agama menjadikan kita ‘mandul’ untuk berfikir dan menggunakan rasional?

Ataupun ‘golongan agama’ terlalu selesa dengan apa yang mereka ada, lantas tidak mahu berfikir dan melihat ‘apa yang ada di luar sana’?

Dipetik daripada Palestinkini.info