Posted | 0 comments
Selamat Tahun Baru 2010
Tahun baru ini mari kita mulakan dengan azam yang baru. Azam yang lebih membara dan azam yang lebih jitu serta dapat dicapai. Kita menyambut tahun baru ini dengan harapan. Agar keadaan menjadi lebih baik buat diri kita, keluarga dan masyarakat.
Syukur segala puji bagi Tuhan semesta alam yang masih memberikan kita peluang dan ruang untuk terus melakukan sesuatu yang lebih hebat dan luar biasa. Semoga dengan peluang yang kita ada pada tahun 2010 ini mampu kita manfaatkan segenap ruang yang ada untuk terus memartabatkan Islam di mata dunia.
Semoga tahun baru ini kita dikurniakan kesihatan dan tenaga yang mencukupi untuk mencapai semua perkara yang telah kita rancang.


