Kunjungan Ke JAKIM
December 1st, 2010 Satu kunjungan hormat oleh pihak WAMY Malaysia ke Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diadakan baru-baru ini iaitu pada 30 November 2010 bertempat di Bangunan JAKIM, Putrajaya.
Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM, Tuan Abd. Halid bin Sintol dan wakil-wakilnya telah menyambut kami dan satu sesi suai kenal telah berlangsung antara kedua-dua belah pihak. Ia disusuli dengan persembahan multimedia JAKIM, persembahan laporan tahunan WAMY Malaysia dan perbincangan cadangan kerjasama antara Bahagian Dakwah JAKIM dan WAMY Malaysia.
Yang hadir daripada WAMY Malaysia ialah Pengarah Eksekutif; Ustaz Shahrin Awaluddin, Pegawai Dakwah; Ahmad Nizam Samsudin dan Azree Hanifiah. Daripada Bahagian Dakwah JAKIM ialah Pengarah; Tuan Abd. Halid bin Sintol, Ketua Penolong Pengarah; Tuan Abd Nasir, Tuan Jamali, Tuan Imran Abd Rahman, Tuan Najmudin, Puan Haslinda Lukman, Puan Nor Hashimah dan Puan Majidah Md Yusof.
Akhir sekali, cenderahati disampaikan oleh pihak Bahagian Dakwah JAKIM kepada pihak WAMY Malaysia.




