Tadabbur Al-Quran (Edisi Wanita)

World Assembly of Muslim Youth (WAMY) telah menjalankan seminar yang bertajuk “Tadabur Al Quran (Edisi Wanita)” di RHR Hotel UNITEN pada 9 Februari 2020.

Pihak WAMY telah menjemput dua orang penceramah iaitu Ustaz Muhamad Syaari untuk sesi pagi dan Ustaz Syahmi untuk sesi petang. Bilangan peserta semasa seminar ini seramai 13 orang wanita. Antara pengisian yang disampaikan ialah kisah-kisah wanita yang terdahulu di dalam Al Quran, memahami karakter 4 wanita yang dimurkai, mempelajari cara untuk tidak tergolong dalam kategori wanita yang dimurkai dan sebagainya.

Women, Anxiety & Depression Awareness Seminar

World Assembly of Muslim Youth (WAMY) telah menjalankan seminar yang bertajuk “Women, Anxiety and Depression” di RHR Hotel UNITEN pada 5 Februari yang lalu.

Pihak WAMY telah menjemput Puan Hajjah Azlina Roszy sebagai penceramah pada hari tersebut. Beliau merupakan Pakar Psikologis Klinikal di Pusat Psikologi dan Rehabilitasi Atfal Jannah. Manakala bilangan peserta pula seramai 30 orang wanita dari pelbagai organisasi. Antara isi kandungan yang telah dibentangkan ialah pengenalan kepada kebimbangan dan kemurungan, jenis-jenis kebimbangan dan kemurungan, cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut dan sebagainya.

Ukhwah Mahabbah

World Assembly of Muslim Youth (WAMY) telah menjemput beberapa NGO wanita sekitar Bangi dan Kajang pada 31 Januari 2020.

Antara NGO yang hadir pada hari tersebut ialah WAMY, Suri Rumah Rahmah, Green Waste Selangor dan juga Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) Bangi. Program ini bertujuan untuk merapatkan ukhwah sesama NGO di sekitar Bangi dan Kajang.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut tentang peranan organisasi masing-masing dan juga program-program yang akan berlangsung pada masa akan datang.

Nota Aisyah binti Abi Bakr

<b>Kisah Ummul Mukminin: ‘Aisyah Radiallahu Anha (R.A)</b>
<b>Oleh: Ustaz Syahmi Syazeril Azmi</b>

Kisah Aisyah R.A adalah tentang sokongan seorang wanita kepada seorang yang kita cintai iaitu Rasulullah s.a.w. Allah menghantarkan bantuannya melalui seorang wanita yang sentiasa menyokong baginda. Aisyah melengkapkan intelektualnya melalui madrash di kediamannya bersama Rasulullah s.a.w.

Aisyah adalah seorang wanita yang tidak lari dari sifat mencemburui wanita lain yang bertakhta di hati Nabi Muhammad SAW, iaitu Khadijah, juga isteri-isteri nabi yang lain. Namun kebijaksanaan dan ketinggian peribadinya dalam menzahirkan perasaan cemburunya amat luar biasa. Penceramah berkongsi gaya bahasa yang penuh hemah dan tidak menyindir.

Untuk nota penuh sila ke http://mizan.my/nota-sim-72016-aisyah-r-a/

Nota Khadijah bint Khuwailid

Nota Khadijah RA

Kisah-kisah wanita di dalam Al Quran - cerita mereka dirakamkan tetapi tidak menyeluruh. Al Quran hanya merakamkan babak spesifik yang penting untuk pengajaran semua;
 
Nama Khadijah RA seperti tiada di dalam Al Qur’an, tapi sebenarnya tersirat dalam seluruh kisah sejarah.
 Kisahnya terduduk di dalam hadith, sangat besar dalam sejarah Rasulullah saw.
 
Di hujung sirah Rasulullah saw, terjawab persoalan mengapa baginda Nabi saw diangkat untuk menerima perintah solat.
 
“Sebaik-baik perempuan muslimah surga adalah Khadijah, Fatimah, Maryam, dan Asiyah,” (H.R. Baihaqi).
 
Persamaan:
 Keempat-keempatnya ahli syurga;
 Tidak sempat melihat kemenangan.
 
Pengajaran:
 Pilih satu daripada empat pilihan untuk mencontohi tokoh pilihan kita bagi mencapai syurga yang kita idamkan;
 Allah swt tidak memandang atau tidak mengganjarkan berdasarkan natijah atau hasil dari pengorbanan kita
 
Siapakah Siti Khadijah?
(Artikel penuh boleh didapati di http://mizan.my/nota-sim-62016-khadijah-binti-khuwailid/ )

Seminar Ilmu MIZAN: Siri 4 – IBRAH KISAH MARYAM

Kuala Lumpur, 21 Ogos 2016 – Telah berlangsung siri Seminar Ilmu MIZAN ke 4 bertajuk Ibrah Kisah Maryam di Masjid Negara Kuala Lumpur.

Penyertaan telah diterima oleh seramai 42 orang peserta dari jam 9:00 pagi sehingga 1:00 petang.  Ibrah yang disampaikan oleh Ustaz Syaari Ab Rahman ini memberikan fokus kepada Maryam, ibu kepada Nabi Isa A.S.  Maryam merupakan anak Imran, seorang yang alim dan disegani di zamannya dan adalah di antara wanita terbaik sebutan al-Quran.

Kehebatan ibadahnya dirakam di dalam al-Quran demi menjadi rujukan setiap manusia tidak mengira jantina.

14125757_1135672056502833_7500427189497401790_o

 

IKTIKAF RAMADAN 2016

Iktikaf Wanita di Kuala Lumpur

June 27, 2016

Farwina Faroque

 

KUALA LUMPUR, 26 Jun 2016 – Bertempat di Masjid Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur, sebuah program Iktikaf bagi wanita sahaja anjuran MIZAN dan Wanita IKRAM Wilayah Persekutuan dengan kerjasama HIKMAH Wilayah Persekutuan dan WAMY Malaysia telah diadakan.

Bermula 25 Jun 2016 jam 3:00 petang dan berakhir pada 26 Jun 2016 seusai kuliah subuh, program dipenuhkan dengan aktiviti tadarus, qiam, berbuka puasa, sahur, solat berjemaah dan dua buah slot ceramah dari Dr Harlina Halizah Siraj dan Puan Anfaal Saari.

Program telah dihadiri seramai 71 orang wanita, termasuk kanak-kanak.

20160625_173648 20160625_173720 20160625_185741 20160625_221948 20160625_222017 20160625_222025 20160625_231339 20160625_231412 IMG-20160626-WA0000 IMG-20160626-WA0001

Bual Bicara Muslimah- Buyutuna Fi Ramadhan

 

Pada 20 Jun 2015 bersamaan dengan 3 Ramadhan 1436H, Bahagian Nisa’ WAMY Malaysia telah menganjurkan program Bual Bicara Muslimah siri kedua dengan topik Buyutuna Fi Ramadhan. Topik yang dipilih adalah bersempena bulan Ramadhan al-Mubarak yang selama ini dinanti oleh sekalian umat Islam di seluruh dunia telah pun tiba. Program ini dihadiri oleh pelajar dan orang awam seramai 22 orang dan diadakan di Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

 

Program Buyutuna Fi Ramadhan ini merupakan program kedua yang diadakan di bawah program besar Bual Bicara Muslimah (BBM) 2015. Program pertama yakni Adam & Hawa, Di Mana Batasnya telah diadakan pada 7 Februari 2015 di Surau Nurul Iman Taman Koperasi Cuepacs Kajang yang mengupas tentang ikhtilat (pergaulan) antara lelaki dan perempuan. Dengan tujuan memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang topik atau isu yang dipilih, program BBM 2 ini memilih untuk mengetengahkan topik tentang persediaan menjelang Ramadhan yang mulia.

 

Dari Abu Hurairah RA, ia berkata, Rasulullah SAW memberi kabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah SWT mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada bulan ini pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para setan dibelenggu; juga terdapat dalam bulan ini malam yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa yang tidak memperoleh kebaikannya, maka ia tidak memperoleh apa-apa.” (HR Ahmad dan Nasai)

 

Begitulah keistimewaan bulan Ramadhan yang sangat tinggi nilainya buat yang ingin menghargai dan memahami. Atas dasar inilah, pihak NISA WAMY Malaysia menganjurkan program ‘Buyutina Fi Ramadhan’ untuk menyemarakkan lagi semangat dan kegembiraan menjelang Ramadhan. Semoga penganjuran program ini akan membantu para peserta untuk bersedia menghadapi Ramadhan dengan pengisian ilmu yang menarik dan bermanfaat daripada para panelis.

photo1

photo2

photo8

photo9

photo4

 

Nisa’ WAMY

1/7/2015

 

#laálakumtattaqun

 

 

 

 

 

 

 

المعسكر اللغوي (Perkhemahan Bahasa)

 

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (JPATI), Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama World Assembly of Muslim Youth (WAMY) dan Kelab Mahasiswa Pengajian Arab Dan Tamadun Islam (Nahdah) telah berjaya menganjurkan Mu’askar Lughawi (bil.1) pada 08 – 10 Mei 2015 bertempat di Nur Bukit Unggul, Jenderam Hilir, Sepang, Selangor. Mu’askar Lughawi (bil.1) dianjurkan khusus untuk pelajar prasiswazah (Sarjanamuda) tahun 1 Jabatan Pengajian  Arab dan Tamadun Islam Pengajian Islam.

Muaskar Lughawi dirangka seiring dengan aspirasi universiti melahirkan pelajar UKM yang dinamik, terbuka, berwibawa, pencetus ilmu dan relevan kepada negara dan masyarakat global. Pendekatan aktiviti program menggunakan kaedah kolaborasi antara pelajar tempatan dengan pelajar antarabangsa (Arab) dilihat mampu merealisasikan hasrat UKM dan JPATI mengantarabangsakan pelajar tempatan dan meningkatkan kebolehpasaran pelajar. Program ini juga merupakan langkahan awal ke arah program mobiliti pelajar dan pengantarabangsaan yang bakal diusahakan oleh JPATI dengan kerjasama WAMY. Program yang bertemakan “Hidup Bahasa dengan Azam dan Kemahuan” direka bentuk modul dan pengisiannya bagi membantu para pelajar mengembangkan kemahiran mereka dalam berbahasa Arab meliputi empat kemahiran bahasa, iaitu membaca, bertutur, menulis dan mendengar.

Di samping memberi ruang dan kesempatan kepada pelajar tempatan merasai suasana dan komunikasi langsung dengan pelajar antarabangsa (Arab) walaupun tidak berpeluang belajar di negara Arab. Seramai 56 orang peserta pelajar tahun 1 menyertai program ini, di samping tujuh orang fasilitator daripada pelajar antarabangsa (Arab) dan pelajar siswazah lepasan Timur Tengah turut serta menyusun dan menjayakan program ini. Antara pengisian menarik ialah Sayd al-khunuz (mencari harta karun), Lu’bah al-tasrif dan al-mushtaqqat (Permainan tasrif dan kata pecahan) dan taqdim al-‘Ard al-tamthili (Persembahan pelajar). Kerjasama kali ini juga diharapkan dapat mengeratkan hubungan strategik dan kolaborasi antara JPATI dan WAMY dalam usaha meningkatkan kecintaan dan penggunaan bahasa Arab dalam kalangan pemuda pemudi di Malaysia.

Insha Allah.

 

rsz_dsc_3298

IMG_6564

 

 

rsz_dsc_3919

rsz_dsc_3914

IMG_6629

International Muslimah Forum 2015

Banner

 

Do you have any social media accounts?
Have you ever wondered how to utilize all these sites in a better way?
As a Muslim woman, do you know how to use your social media platform to help spread the beauty of Islam?
To help people to understand more about Islam?

Come join us in getting to know the guidelines in using social media for Muslim women from this forum!

Equip yourself with knowledge on how to get the “benefits-with-barakah” from this rapidly evolving technology and how to benefit Islam and mankind with it!

Come learn and get tips from our specially-invited speakers, all who are experts and experienced in the topic we will be discussing.

WHO should come?

YOU, with all other Muslim women with social media accounts and Muslim women without social media accounts but want to know how to benefit from it. Anyone who loves ‘ilm, we welcome graciously with open arms.

WHERE will this forum will be held?

International Islamic University of Malaysia (IIUM) Gombak Campus

 WHEN will this forum be held?

13 March 2015, at 8.00 PM

Register now! Seats are limited and the registration fee is only RM5.

Great news : If you are a registered WAMY Club member, entrance is FREE!

May Allah SWT reward us all with good and better understanding of His deen.

 

Registration is closed.