Syabab Talk UNITEN

Pengerusi Kelab WAMY Malaysia, Muhamad Hanapi Jamaludin dan Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia Hasnul Haniff Harun telah hadir menyampaikan slot dalam Program Syabab Talk Series dan Jelajah Kelab WAMY Malaysia yang berlangsung di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Kajang.

Sdr. Hasnul Haniff telah berkongsi pandangan dan pengalaman tentang kerja-kerja belia yang telah menjadi tumpuan Majlis Belia Malaysia sejak sekian lama. Oleh itu WAMY adalah salah sebuah platform yang baik untuk belia-belia termasuk belia universiti untuk mengetengahkan diri kepada program-program NGO khususnya berkaitan pengantarabangsaan. Program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan Kelab WAMY Malaysia khususnya kepada golongan mahasiswa/i di negara ini. Program ini akan diteruskan di 8 buah universiti.

Pengerusi Kelab WAMY, Muhamad Hanapi yang juga Felo Penyelidik MBM turut membuat perkongsian kepada para peserta dalam menyampaikan slot “Budaya Ilmu dan Aktivisme Pelajar “. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada peserta yang hadir.

Pelancaran Siri Jelajah Syabab Talk

WAMY Malaysia telah memulakan program pertama untuk tahun 2020 dengan Majlis Pelancaran Siri Jelajah Syabab Talk di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor pada 22 Januari 2020.

Majlis yang dirasmikan oleh Pengarah WAMY Malaysia Ustaz Maged Mohammed Badhawi turut dihadiri oleh Timbalan Rektor KUIS Dr. Mohamad Syukri bin Abdul Rahman.

Presiden Majlis Belia Malaysia Saudara Jufitri Joha juga berkesempatan berkongsi pandangan tentang kesukarelawanan dan aktivisme dalam kalangan belia.

Kursus Pendakwah Muda 2017 (MyDaie 17)

MyDaie Series 2 was held on 24 – 28 Nov 2017 at the Amir Chalet & Fishing Corner in Sitiawan, Perak. The program was organized by the World Assembly of Muslim Youth (WAMY) in collaboration with the Ministry of Education Malaysia (MOE)-BPI and KRS Ikram Musleh . Alhamdulillah, program was attended by 57 students from various of school such as Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), SMKA Sheikh Haji Mohd Said, SAMT Sultan Hisamuddin, Selangor, SAM Bestari, SMKA Maahad Hamidiah and more . These wonderful participants are craving for wisdom and eager to improve themselves to be the best. May Allah satisfy with their da’wah efforts.

Kursus Pendakwah Muda (MyDaie)

8 september 2017, Jumaat

Kursus Pendakwah Muda (MyDaie), bermula semalam di Institut Latihan Islam Malaysia(ILIM) dengan kehadiran peserta dari pelbagai latar belakang sekolah dan universiti.

 

Pencerahan ringkas tentang perjalanan program MyDaie kepada bakal-bakal pendakwah kita oleh Bro Zahid 😊 dan juga Ucapan dari Tuan Hj Arifuddin bin Abd Hamid ketua sektor dakwah dan kepimpinan BPI-KPM ,kepada semua peserta MyDaie.

Perkongsian ringkas dari Tuan Hj Shahrin bin Awaludin Ketua Pegawai Eksekutif WAMY dan seterusnya Sesi Ice Breaking bersama Bro Is dan Bro Mu’adz Dzulkefly

#MyDaie #PendakwahMuda #DakwahituSunnah #Jomdakwah

MULTAQA PENDAKWAH MUDA SERANTAU (MUDA’17)

Multaqa Pendakwah Muda Serantau (MUDA’17) anjuran World Assembly of Muslim Youth (WAMY) dengan kerjasama YADIM, ILIM, UKM, Kementerian Pendidikan Malaysia-BPI, dan ACCIN akan diadakan pada 11 September 2017,Isnin yang bertempat di Hotel Bangi-Putrajaya membawakan pelbagai topik menarik yang padat dengan pengisian dan barisan panel hebat.


Antara objektif utama multaqa’ :
1-Menjelaskan kandungan dakwah yang berasaskan prinsip ahlus-Sunnah wal-Jamaah.
2-Melatih dan meningkatkan kemahiran pendakwah muda serantau
3-Menggalakkan aktiviti dakwah di kalangan anak-anak muda.
4-Berkongsi kaedah dan teknik dakwah yang berkesan pada masa kini.

Terbuka untuk semua, dijemput hadir

IRTIQA’ 2 -Day 1

ملتقى ارتقاء 2، بعنوان الشباب والمسؤولية الاجتماعية
28-30 /07/2017، بحضور 50 مشارك من طلاب الجامعات الماليزية من الطلبة الوافدين والماليزيين.
تنظيم الندوة العالمية للشباب الاسلامي
Multaqa Irtiqa 2, under theme Youth and Social Responsibility, 28-30/07/2017. 50 participants from Malaysia Universities, international and local students.
Organize by WAMY – 1st Day