Pengerusi Kelab WAMY Malaysia, Muhamad Hanapi Jamaludin dan Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia Hasnul Haniff Harun telah hadir menyampaikan slot dalam Program Syabab Talk Series dan Jelajah Kelab WAMY Malaysia yang berlangsung di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Kajang.

Sdr. Hasnul Haniff telah berkongsi pandangan dan pengalaman tentang kerja-kerja belia yang telah menjadi tumpuan Majlis Belia Malaysia sejak sekian lama. Oleh itu WAMY adalah salah sebuah platform yang baik untuk belia-belia termasuk belia universiti untuk mengetengahkan diri kepada program-program NGO khususnya berkaitan pengantarabangsaan. Program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan Kelab WAMY Malaysia khususnya kepada golongan mahasiswa/i di negara ini. Program ini akan diteruskan di 8 buah universiti.

Pengerusi Kelab WAMY, Muhamad Hanapi yang juga Felo Penyelidik MBM turut membuat perkongsian kepada para peserta dalam menyampaikan slot “Budaya Ilmu dan Aktivisme Pelajar “. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada peserta yang hadir.