Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

JEMPUTAN BERSAMA MENAJA IFTAR RAMADHAN 1439H UNTUK PELAJAR UNIVERSITI DAN SEKOLAH MENENGAH

Sukacita dimaklumkan World Assembly Muslim Youth (WAMY) MALAYSIA yang berpusat di Kajang, Selangor, seperti biasa akan menyumbang Pek Iftar Ramadhan untuk pelajar sekolah menengah dan Universiti. Sasaran sumbangan pada tahun ini ialah 5000 orang.

Oleh itu, WAMY amat berbesar hati menjemput Syarikat/ Individu bagi menaja Pek Iftar seperti berikut:

RM10 x 5000 pek ๐Ÿš๐Ÿฒ๐Ÿ›๐Ÿค

Majlis Iftar akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan 1439H di sekolah dan universiti yang berbeza berdasarkan tarikh yang telah dipersetujui oleh pihak berkenaan.

Besarlah harapan agar Tuan/Puan sudi menyumbang seikhlas mungkin.

Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun MBB 562021627038- WAMY BHD.

Bukti sumbangan boleh dihantar ke “whatsapp” Puan Normazita binti Ismail di (0169472064)

Semoga kita termasuk dalam golongan yang disebutkan Rasulullah SAW seperti sabda baginda:

Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebutโ€
(Riwayat at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban menilainya sahih).
HJ. SHAHRIN AWALUDIN
CEO WAMY

#Kempenseorang RM10
#1syarikatRM1000