News

Mesyuarat MUKIM Sarawak 1

Mesyuarat MUKIM Sarawak 1

Pada 9hb Oktober yang lalu  Pengarah Eksekutif WAMY, Ustaz Shahrin Awaluddin telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Yang Berhormat Datuk Hj Daud Abdul Rahman,Menteri Muda Hal Ehwal Islam di Pejabat Ketua Menteri.

 

News

Majlis Jamuan Raya 1433H

Program: Majlis Jamuan Raya 1433H
Tarikh: 12 September 2012 / 25 Syawal 1433H
Tempat: Fakulti Kejuruteraan, UPM

WAMY telah menganjurkan Majlis Jamuan Raya di UPM bersama Ahli Majlis Istisyari WAMY, ahli Kelab WAMY Malaysia, Badan Bukan Kerajaan (NGO) & pelajar Universiti IPTA & IPTS sekitar Lembah Kelang.

News

Bengkel Perancangan Strategik 1434H

Terikh: 4 September 2012
Tempat: Danau Golf Club, UKM, Bangi
Masa: 10.00pg – 05.00ptg

Pada 4 September 2012 WAMY telah menganjurkan bengkel perancangan strategik 1434H. Tujuan program ini dijalankan ialah untuk menyelaras program kerjasama dengan NGO yang terlibat secara langsung dengan WAMY sesuai dengan objektif yang ditetapkan, program ini dihadiri oleh wakil pertubuhan NGO dan pelajar IPTA.

News

Seminar Tadabbur Al-Quran & Pelancaran Baitul Quran

 

Program Seminar Tadabbur Al-Quran dan Pelancaran Baitul Quran telah diadakan pada 7 Julai 2012 bersamaan 17 Syaaban 1433H di Dewan LT4, Bangunan Pentadbiran UIAM, Gombak. Seramai lebih kurang 50 orang peserta telah menghadiri program yang mengambil masa selama setengah hari ini.

Seminar ini bertujuan untuk memperkenal dan mempopularkan ‘tadabbur’ al Quran di kalangan masyarakat Islam khususnya golongan belia dan mahasiswa institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Ia juga diharap akan menjadi satu forum perbincangan bagi semua pihak yang terlibat dengan pendidikan al-Quran di pelbagai kementerian, jabatan, institusi dan badan bukan kerajaan yang terdiri daripada penggubal dasar, pentadbir,  pensyarah dan guru-guru.