Dakwah & Taalim

Remaja Raikan Ramadhan (3R) IKRAMTeens Pulau Pinang

Nama Program : REMAJA RAIKAN  RAMADHAN (3R)
Tarikh : 28 – 29 Julai 2012
Tempat : Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang
Peserta : 110 Lelaki dan Perempuan

IKRAMTeens Pulau Pinang telah mengajurkan program khas untuk remaja ,3R (Remaja Rai Ramadhan)  untuk memberi pendedahan khusus tentang Ramadhan kepada para remaja. Program ini biasanya dilaksanakan selama hampir dua hari dengan pelbagai aktiviti outdoor dan indoor. 3R memberi kelainan memandangkan program berjalan di bulan Ramadhan dan diharapkan ia berjaya mengukuhkan rohani, fizikal dan spiritual remaja-remaja kita.

Dakwah & Taalim

Remaja Raikan Ramadhan (3R) IKRAMTeens Seremban

Nama Program : REMAJA RAIKAN  RAMADHAN (3R)
Tarikh : 25 Sya’ban 1433 Hijrah / 15 Julai 2012
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang, Seremban
Peserta : 37 Lelaki dan 26 Perempuan

IKRAMTeens Negeri Sembilan telah mengadakan Program 3R – Remaja Raikan Ramadan di Masjid Bandar Baru Senawang. Seramai 63 orang peserta daripada sekolah-sekolah di sekita3 Seremban dan penduduk setempat telah menyertai program ini. Program selama satu hari ini telah bermula pada jam 8.30pagi dan telah tamat pada jam 6.00petang.

Pada sesi pagi, pendaftaran peserta telah bermula seawal jam 8.30pagi. Slot pertama bermula pada jam 9.30pagi iaitu peserta-peserta diberi aktiviti “Air Batu Campur”.