TN50 Aspirasi Kelab MyWamy

KENYATAAN MEDIA
[MY WAMY CLUB]
16 Mei 2017- Sempena Hari Belia Sedunia pada 15 Mei lepas, ahli Kelab MyWamy telah menghadiri Konvensyen Belia Kebangsaan 2017 yang telah diadakan di IOI Marriot Hotel Putrajaya. Konvensyen yang bertemakan Aspirasi Kepimpinan Bangsa Angkasa telah membincangkan tentang cabaran-cabaran yang bakal dihadapi belia menjelang tahun 2050 dalam bidang sains dan teknologi khususnya cabaran belia untuk lebih melibatkan diri  dalam bidang sains angkasa khususnya menghantar angkasawan wanita pertama negara menjelang 2050. Bukti Kelab MyWamy komited dengan gagasan ideaTN50 ini telah diterjemahkan melalui penghantaran Memorandum Cadangan Transformasi Nasional 2050 (TN50) kepada Yb Brig Jen Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Belia Dan Sukan melalui Tuan R. Effendi Razali, Sekretariat TN50 di Kementerian Belia Dan Sukan, Putrajaya.
Cadangan atau Aspirasi TN50 tersebut merupakan hasil idea kolektif yang dikumpulkan pada persidangan meja bulat yang telah diadakan pada 15 April yang lalu. Dalam program yang sama ahli Kelab MyWamy telah diberikan sumbangan pendidikan (kafalah) namun program utama persidangan meja bulat tersebut adalah untuk mengumpulkan idea dan pandangan mengenai Malaysia baru pada tempoh 30 tahun akan datang. Memandangan gagasan Wawasan 2020 yang bakal berakhir dalam tempoh kurang dari tiga tahun maka TN50 muncul bagi merencana Malaysia baharu pada tempoh 30 tahun akan datang. Kekuatan TN50 kerana ia lebih bersifat bottom-up memberikan ruang kepada rakyat khususnya golongan pemuda masa kini yang ingin mencorakkan Malaysia pada masa hadapan. Justeru Kelab MyWamy turut ingin bersama-sama dalam menjayakan aspirasi besar buat negara.
MyWamy yang memfokuskan belia antarabangsa dan tempatan di Malaysia bersama-sama memberikan idea dalam diskusi meja bulat tersebut dengan dipimpin oleh Saudara Ahmad Fadzil Ahmad Shuhaili, mantan ahli Parlimen Belia Malaysia (2014-2016) merangkap Mantan Presiden Kelab MyWamy. Diskusi Meja Bulat TN50 yang disertai seramai 20 orang tersebut disertai oleh ahli MyWamy dari beberapa universiti UKM, UIAM, UniMAP, UPM, KUIS, dan  MMU. Manakala ahli MyWamy dalam kalangan pelajar antarabangsa adalah dari negara Palestin, Iraq, Syria, dan Yaman.
Aspek-aspek yang dibincangkan di dalam dalam sidang meja bulat tersebut adalah aspek pendidikan, kadar pengangguran belia khususnya graduan universiti, aspek kesihatan, aspek global dan aspek mutu atau kualiti kehidupan masyarakat Malaysia.
Perincian memorandum seperti berikut;
1. Merombak dan menambahbaik sistem pendidikan negara
Mengenalpasti minat, bakat, dan kebolehan murid-murid seawal mungkin
Pendedahan kesemua bahasa utama di Malaysia
Memberi kebebasan bersuara terutama di peringkat pengajian tinggi
Utamakan aspek praktikaliti berbanding teori
2. Meningkatkan taraf pekerjaan dan peluang
Menggalakkan usahawan muda menambah hasil produk tempatan
Memastikan tadbir urus negara dalam keadaan yang cemerlang
3. Peranan Malaysia dalam aspek Global
Menggiatkan sektor penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan produk yang berkualiti
Peranan Malaysia sebagai negara yang mampu menyelesaikan masalah negara-negara yang berkonflik melalui rundingan.
4. Meningkatkan akses kepada penjagaan dan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.
Menambah fasiliti dan jumlah tenaga profesional
Memperbanyak kempen kesedaran tentang penjagaan kesihatan
Mewajibkan saringan berkala pada semua golongan tidak kira tua atau muda
5. Meningkatkan mutu kehidupan masyarakat Malaysia.
Pemeriksaan yang berkesan mengenai penyakit kronik, penyakit melalui jangkitan dan penyakit mental.
Penyelesaian terhadap penyakit sosial seperti gendalangan, sindikit peminta sedekah dan sebagainya.
Ahmad Mustaqim Zolkafali
Penyelaras Kelab MyWamy

About the author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *