المعسكر اللغوي (Perkhemahan Bahasa)

 

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (JPATI), Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama World Assembly of Muslim Youth (WAMY) dan Kelab Mahasiswa Pengajian Arab Dan Tamadun Islam (Nahdah) telah berjaya menganjurkan Mu’askar Lughawi (bil.1) pada 08 – 10 Mei 2015 bertempat di Nur Bukit Unggul, Jenderam Hilir, Sepang, Selangor. Mu’askar Lughawi (bil.1) dianjurkan khusus untuk pelajar prasiswazah (Sarjanamuda) tahun 1 Jabatan Pengajian  Arab dan Tamadun Islam Pengajian Islam.

Muaskar Lughawi dirangka seiring dengan aspirasi universiti melahirkan pelajar UKM yang dinamik, terbuka, berwibawa, pencetus ilmu dan relevan kepada negara dan masyarakat global. Pendekatan aktiviti program menggunakan kaedah kolaborasi antara pelajar tempatan dengan pelajar antarabangsa (Arab) dilihat mampu merealisasikan hasrat UKM dan JPATI mengantarabangsakan pelajar tempatan dan meningkatkan kebolehpasaran pelajar. Program ini juga merupakan langkahan awal ke arah program mobiliti pelajar dan pengantarabangsaan yang bakal diusahakan oleh JPATI dengan kerjasama WAMY. Program yang bertemakan “Hidup Bahasa dengan Azam dan Kemahuan” direka bentuk modul dan pengisiannya bagi membantu para pelajar mengembangkan kemahiran mereka dalam berbahasa Arab meliputi empat kemahiran bahasa, iaitu membaca, bertutur, menulis dan mendengar.

Di samping memberi ruang dan kesempatan kepada pelajar tempatan merasai suasana dan komunikasi langsung dengan pelajar antarabangsa (Arab) walaupun tidak berpeluang belajar di negara Arab. Seramai 56 orang peserta pelajar tahun 1 menyertai program ini, di samping tujuh orang fasilitator daripada pelajar antarabangsa (Arab) dan pelajar siswazah lepasan Timur Tengah turut serta menyusun dan menjayakan program ini. Antara pengisian menarik ialah Sayd al-khunuz (mencari harta karun), Lu’bah al-tasrif dan al-mushtaqqat (Permainan tasrif dan kata pecahan) dan taqdim al-‘Ard al-tamthili (Persembahan pelajar). Kerjasama kali ini juga diharapkan dapat mengeratkan hubungan strategik dan kolaborasi antara JPATI dan WAMY dalam usaha meningkatkan kecintaan dan penggunaan bahasa Arab dalam kalangan pemuda pemudi di Malaysia.

Insha Allah.

 

rsz_dsc_3298 IMG_6564

 

 

rsz_dsc_3919 rsz_dsc_3914 IMG_6629

About the author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *