Nisa’ WAMY Retreat

Pada 28-30 November 2014 yang lalu , bertempat di Bagan Lalang,Sepang , Bahagian Nisa WAMY telah mengadakan Program Nisa WAMY Retreat 2014 yang bertujuan untuk mengumpul penasihat dan wakil penggerak Nisa daripada setiap universiti, meneliti dan menilai kembali gerak kerja sepanjang sesi 1435H/2014 serta merancang gerak kerja dan hala tuju Nisa untuk sesi 1436H/2015.

Seramai 20 orang wakil Nisa telah hadir daripada 5 buah universiti antaranya Universiti Islam Antabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, Universiti Islam Antabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan, Kolej Universiti Islam Antabangsa Selangor (KUIS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin ( UNISZA) dan staff Nisa WAMY.

Program selama 2 hari ini diisi dengan slot-slot pengisian yang bermanfaat seperti Slot Menggenggam Basiroh Menggalas Misi Rabbaniyah , Penglibatan Nisa dalam Perjuangan dan Langkah-langkah ke Hadapan daripada barisan Penasihat WAMY yang terdiri daripada Prof. Dato Abang Abdullah Abang Ali , Dr. Tengku Shahrom Tengku Shahdan dan Dr. Normah Bt. Abdullah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *